Sunday, 19 January 2014

RAHSIA BESAR MENGENAI JIN

RAHSIA BESAR MENGENAI JIN YANG BELUM
DIKETAHUI RAMAI...
1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2. Apabila Allah S.W.T memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam A.S, mereka telah ingkar. Allah S.W.T. melaknat dan
memerintahnya turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Jin kafir (Syaitan). Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
3. Makanannya daripada Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil,
suka sangat dengan asap kemenyan. Orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. Anda terkena?? HaHaHa. (Padan muke)
4. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai,hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
5. Beliau menasihatkan apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya di jalan raya), perlulah baca "Salaamun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin."
Mengikut sirahnya, jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang melayu suka sangat membaca ucapan, "ampun datuk, anak, cucu tumpang lalu." Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk? Oooo.. (Tak patut! Tak patut!) Mungkin
sebab umurnya panjang kot? beratus-ratus tahun dia hidup? Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin? Terkena lagi?? HaHaHaHa.. (Padan muke)
6. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, itu semua PEMBOHONG !!!
◆Sirahnya apabila Nabi Sulaiman a.s.
memerintahkan jin untuk membina istananya,sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak tahu/perasan. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapannya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut
menjadi reput dan kemudian jatuh berserta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah jin tahu bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
7. Manusia juga dilarang membuang air kencing di lombong-lombong yang mana airnya tenang,terutama pada waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ pada waktu itu. Di larang juga membuang air kencing di lubang-lubang (tanah).
8. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum diduduki lagi,jin suka tinggal di situ. Sebelum kita duduk rumah baru, kita digalakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin akan lari selama 3
hari. Tidak perlu guna tepung tawar apa bagai.Orang melayu suka sangat menepung tawar.
HuHuHu..
9. Jika budak menangis tengah-tengah malam,azankan sebanyak 7-10 kali, jika tidak pun bacakanlah ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (mengikut tekniknya) sebab beliau (Ustaz Hj Ismail Kamus) pernah menjumpai orang yang di
rasuk.
P/S: Maklumat anda dihujung jari. Oleh itu, rajin-rajinkanlah jari anda dengan menyebarkan artikel ini kepada mereka yang belum tahu.
Itupun kalau anda rajin. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. 
#Wallahualam 

Saturday, 27 July 2013

pemberontakan seorang remaja

setiap perjalanan remaja yang penuh dengan pancaroba,penuh dengan influence dari luar,penuh dengan nafsu ingin mencoba,penuh dengan ketamakan, penuh dengan kesangsian ,penuh dengan sahabat yang mempersetankan diri mereka.....
mereka tidak pernah tau,apa impak yang akan berlaku? pernahkah mereka tahu isi hati seorang ibu dan bapa yang membesarkan mereka. Mungkin adalah sia-sia dengan sikap mereka yang tidak pernah tau tentang perkara baik atau buruk. Disebabkan sikap ingin mencuba kau buatkan mereka putus harapan untuk terus membesarkan mereka .
Remaja!! kau harus berfikiran matang,sucikan hati kau dengan amal ibadat agar tidak terjebak pada alam remaja yang membinasakan ini...

Friday, 5 July 2013

perlu ke ?

perlu ke ? menjatuhkan seorang pemimpin yang menggunakan cara islam didalam pentadbiran beliau. Kenapa perlu menjatuhkan dan memburukan agama sendiri. Islam tidak pernah mengajar sifat sedemikian rupa. Wahai umat islam bangkit lah!!! sesungguhnya orang-orang kafir bersungguh-sungguh menjatuhkan kita  dengan pelbagai cara(duri dalam daging). Topup ibadah,iman dan pahala kita ,dekatkan lah diri kita kepada Allah S.W.T ,supaya Allah tunjukan kejalan yang lurus sesungguhnya hati kita mudah rapuh dan mudah menerima perkara-perkara yang bertentangan agama dengan kekuatan iman yang tak seberapa ini. Disini saya ingin berkongsi apa yang saya dapat dari sahabat saya,dan ia amat menyedihkan. Khas untuk anda , PRAY FOR EGYPT

Dosa-dosa Dr. Muhammad Mursi selama memerintah negara Mesir.(baca keseluruhan)

Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi?Salah seorang pembaca menghantar tulisan menarik tentang Dosa-dosa Presiden Mesir DR Muhammad Mursi. Boleh jadi, pendapat yang dihantar melalui fanpage ini benar. Bahawa ‘dosa-dosa’ inilah yang membuat pemerintahan Mursi di goncang. 

Berikut tulisan lengkapnya:

Dosa Mursi itu adalah kerana dia boleh membawa Mesir dalam setahun ke arah jelapang makanan. Yang dulu zaman mubarak gandum hanya boleh dihasilkan dalam negeri sebanyak 20% paling banyak, sekarang sudah melampaui 60%. Dulu perlu mengimport ke Amerika, sekarang Mursi mengimport dari negara yang dia inginkan, yang lebih menguntungkan rakyat. Keadaan ini dapat menjimatkan belanja negara sampai jutaan dollar pertahun sekaligus meningkatkan ekonomi petani.

Dosa Mursi adalah kerana membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia. Yang dulu di zaman mubarak hanya menghasilkan wang sebanyak 5.6 bilion dollar pertahun, akan meningkat 100 bilion dollar pertahun.

Dosa Mursi adalah menaikkan gaji PNS dan pesara sebanyak lebih 200%, manakala harga-harga barang boleh dipertahankan tidak naik, sehingga PNS jadi lebih makmur.

Dosa Mursi adalah membina kilang samsung terbesar di Arab di wilayah Bani Suwef, sehingga harga barang elektronik menjadi murah.

Dosa Mursi adalah membuat kilang kereta sendiri sehingga untuk tahun-tahun ke depan tidak perlu lagi mengimport kereta.

Dosa Mursi adalah membuat kilang senjata sendiri sehingga tidak perlu lagi mengimport senjata-senjata rongsokan dari Amerika.

Dosa Mursi adalah membuat kilang Innar (sejenis tablet / ipad), sehingga seluruh rakyat nanti boleh merasa nikmatknya memakai barang elektronik bermutu dengan harga yang berpatutan. Anak-anak sekolah boleh belajar pakai alat canggih.

Dosa Mursi adalah mampu mempertahankan, bahkan menambah rizab pertukaran asing Mesir yang sebelumnya sudah di ambang kemuflisan.

Dosa Mursi terbesar adalah dia selalu solat berjemaah di masjid, hafal al Qur’an, selalu tahajjud dan sabar terhadap segala caci maki.

Dosa Mursi adalah menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar.

Dosa Mursi yang tidak kalah parahnya mengeluarkan Mesir dari kongkongan kuasa tentera dalam 40 hari, di mana Erdogan memerlukan bertahun-tahun untuk melakukan hal itu.

Dosa Mursi meningkatkan harga diri negara Mesir di hadapan negara Arab lain bahkan dunia. Hingga Mesir jadi negara yang diambil kira.

Dosa Mursi adalah berusaha membangunkan tenaga nuklear dan tenaga matahari sebagai tenaga alternatif di Mesir.

Dosa Mursi adalah kerana ia mampu menarik pelabur luar negeri dan mempertahankan kepercayaan asing di Mesir.

Dosa Mursi adalah membuka kembali jalan darat antara Mesir dan Sudan sehingga kerja sama dalam bidang ekonomi kedua-dua negara akan meningkat.

Dosa Mursi adalah mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih orang pengangguran.

Dosa Mursi adalah berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negeri oleh Husni Mubarak dan kroni-kroninya.

Dosa Mursi adalah menegakkan kehakiman yang sebenarnya dan berusaha menghabisi kecurangan.Dan banyak lagi dosa-dosanya yang tidak boleh kita sebutkan satu persatu yang membuatkan musuh politik Mesir kepanasan, terutama Amerika dan Israel yang menjadi dalang utama.Kerana dosa-dosa itulah maka Mursi akan digulingkan oleh munafik-munafik penyokong Mubarak, liberal, sekular, komunis, dan Kristian Koptik serta puak Islam munafik. Mereka memandang Mursi sudah gagal dah akan membawa Mesir ke arah kehancuran.Itulah logik yang ada dalam kehidupan sekarang.

Itulah "dosa" insan bernama Morsi.

perkara yang baik kenapa perlu ditentang?
pemimpin yang berteraskan syariat Islam dalam pentadbiran beliau kenapa harus ditentang?
itu persoalan bagi dunia akhir zaman pada masa kini,dan ia pentanda kiam

Friday, 23 December 2011

    BEGITU CEPAT MASA BERLALU,TERLALU PANTAS MASA PERGI BEGITU SAJA....TERLALU BANYAK KENANGAN KETIKA DUDUK DIASRAMA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN.TERASA RINDU PULA PADA ZAMAN PERSEKOLAHAN DAN KETIKA DUDUK DIASRAMA .BERGURAU SENDA BERSAMA RAKAN DAN GELAK KETAWA KINI TIADA LAGI.BETAPA BOSANNYA  JIKALAU MEREKA TIADA.KITA HANYA BOLEH MENGIMBAS KEMBALI APA YANG TELAH BERLAKU.TETAPI TIDAK BOLEH UNTUK BEPATAH BALIK.WALAUPUN SPM SUDAH PUN BERAKHIR,TIDAK PERLU KITA UNTUK GEMBIRA DAN MERASAKAN MERDEKA.KITA MESTILAH MENGHARAPKAN YANG TERBAIK APABILA KEPUTUSAN KELUAR..BETAPA BOSANNYA DUDUK DIRUMAH TANPA KAWAN-KAWAN....HUHHUHHU.......no idea 2 update blog ,is just 4 remind








GAMBAR ....................TERBAEK

Wednesday, 17 August 2011

Friday, 5 August 2011

menahan 'PUASA'

 Puasa dari segi bahasa "menahan".Semua perkara atau perlakuan yang"ditahan" semasa berpuasa hakikatnya  bebas dilakukan jika tidak berpuasa.Semasa berpausa,umat islam dilatih bukan sahaja meninggalkan perkara-perkara haram ,malah perkara halal juga.
 Seharusnya tiada masalah lagi bagi umat islam meninggalkan perkara-perkara yang diharam kan pada bulan-bulan lain lantaran sudah menjalani latihan meninggalkan perkara yang halal pada bulan ramadan.ini tidak betul berlaku ! Pelbagai kemungkaran masih dilakukan oleh umat islam selepas bulan puasa.Ini menunjukkan bahawa puasa umat islam masih tidak berkesan.

Friday, 15 July 2011

cinta ilmu atau cinta ?????????

"cari lah ilmu sampai ke negeri cina"...........
ilmu apa yang perlu kita terima cintanya????????misal kata suatu hari nanty kita di takdir kan bercinta dengan sesorg.Satu prtnyaan ,dari ciri apakah yang kita jatuh minat kpd sseorg itu ??????? rupa paras nya ?????????
harta kkayaan nya ???keturunan????atau kebaikan dan agama ??????sudah tentu jwpn klise ,iaitu kebaikan dan agamanya ,kerana dengan kebaikan dan agama nya itu akan mmbawa hidup kita lbih tnteram dan selesa.....